JULAI 2022

Wanita Parti PBB Tubuh Empat Biro, Agenda Mantapkan Jentera Parti


KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menubuhkan empat biro untuk memantapkan lagi jentera parti di samping bekerja dalam satu pasukan dengan badan induk dan Pergerakan Pemuda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)akan datang.

Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain itu berdasarkan pengalaman lalu, Pergerakan Wanita turut menubuhkan 13 zon (dahulu 11 zon) merangkumi semua cawangan parti bagi memudahkan urusan berkaitan penganjuran program fokus kepada rakyat.

Semua bahagian iaitu zon utara, zon tengah dan zon selatan akan diketuai oleh seorang penyelaras dan dibantu oleh ahli-ahli di peringkat cawangan masing-masing, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) Pergerakan Wanita Parti PBB di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako di sini.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti berkata, empat biro itu diyakini mampu memantapkan jentera parti di peringkat cawangan itu ialah Biro Politik, Biro Ekonomi, Biro Sosial dan Kebajikan dan Biro Belia 1828.

Beliau berkata, Biro Politik akan fokus kepada agenda menambahkan keahlian di dalam parti, Biro Ekonomi pula akan menggalak dan meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, Biro Sosial dan Kesejahteraan menyantuni rakyat dan Biro Belia 1828 membawa golongan belia turut serta dalam program anjuran parti.

Mengenai pembahagian 13 zon Wanita Parti PBB, katanya, ia telah diubahsuai sesuai dengan perkembangan semasa dan sebagai misalan kalau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng dalam DUN Daro dahulu diletakkan dalam zon Semop tetapi kini diletakkan dalam zon Dalat dan Balingian.

“Kita mendapati ini lebih sesuai dari segi menjimatkan kos apabila hendak mengadakan mesyuarat menyusunkan program yang dianjurkan. Lebih mudah dan didapati lebih cekap,” tegas beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan senarai lengkap MT Wanita Parti PBB Sesi 2022-2025.

Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB Sarawak sesi 2022 – 2025 ialah Ketua: Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Ketua 1 : Datin Sri Angelina Ujang, Timbalan Ketua 11 : Dato Sri Rohani Abdul Karim.

Naib-naib Ketua ialah Dato Sri Nancy Shukri, Umang Nangku Jabu Eigensatz dan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Setiausaha – Senator Susan Chemerai Anding, Penolong Setiausaha 1 – Fridah Osman. Bendahari – Dr. Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Penolong Bendahari –Natasha Nasa Datuk Amar Douglas Uggah. Ketua Penerangan – Datin Esther Mujan Balan dan Penolong Ketua Penerangan – Datuk Rubiah Wang.

Ahli Majlis Tertingi dipilih (Bumiputera) – Dora Abdul Rahman, Hasanah Majais, Misiah Abu Seman, Noriha Ali, Dayang Nora Awang Sabudin, Mujallipan Mohd. Anis, Rokiah Mohamad Jahar, Hadijah Sheikh Kassim, Dayang Rajamah Awang Adeng, Dayangku Norli Awangku Terjudin, Mahani Sahari dan Anita Mohamad.

Ahli Majlis Tertinggi dipilih (Pesaka) – Jenny Bangga, Elizabeth Nail Wen, Carolynne Dayang Jawa, Candida Entri, Yvoone Nillie Intily, Carrie Anne Joh David, Mindy Maida John, Christie Augustine Kiek, Kesesan Nenna Sandan, Roszuina Labet, Margaret Uding Nawan Lawai, Suti Saran dan Lilla Raja.

Ahli Majlis Tertinggi dilantik (Bumiputera) – Datuk Rosey Yunus, Dato Hanifah Hajar Taib Al-Asree, Dayang Noorazah Awang Sohor, Hanifah Saed, Fatimah Abdullah dan Jamelah Imit, manakala bagi sayap Pesaka ialah Bella Empawie, Rohana Abdullah (Josephine Egah), Kambira Anyan, Julliana Nancy Edward Nyiku, Nesline Liat dan Josephine Henry Sum Agong.

Sumber dari : Jiwa Bakti